PRS (Pembimbing Rakan Sebaya)
Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) diadakan adalah untuk melatih para belia dan remaja agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya mereka dapat membantu rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri sendiri.
Selain itu, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal.
Program ini berasaskan konsep bahawa rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat dan paling memahami masalah yang dihadapi oleh remaja/seseorang. Dengan itu mereka merupakan orang yang paling tepat bagi memberi nasihat bagi menangani sesuatu masaalah.
Program ini merangkumi bidang yang luas termasuk membantu mempelajari Teknologi Maklumat, Pembelajaran Bestari, Cara Belajar, malah digunakan dalam kempen anti dadah.
Program Pembimbing Rakan Sebaya Anti Dadah pula dimulakan pada awal tahun 2001. Program ini menekankan kepada konsep role model iaitu bekas penagih yang berjaya mengikuti program Pembimbing Rakan Sebaya dengan baik dan berkesan dijadikan sebagai peer educator.
SLAD ( Skim Lencana Anti Dadah)
Skim Lencana Anti Dadah adalah usaha terancang Kementerian Pendidikan, PEMADAM Kebangsaan, Agensi Dadah Kebangsaan, Majlis Keselamatan Negara dan persatuan-persatuan pakaian seragam untuk melibatkan anggota pasukan pakaian seragam di sekolah-sekolah menengah dalam aktiviti pencegah dadah. Mereka menjadi agen penyampai mesej anti dadah kepada rakan-rakan yang lain supaya misi menjadikan "Sekolah Bebas Daripada Dadah" dapat dicapai.
Aktiviti-aktiviti Skim Lencana Anti Dadah yang diintegrasikan ke dalam aktiviti-aktiviti pasukan pakaian seragam di sekolah-sekolah yang membolehkan penglibatan aktif anggota pasukan pakaian seragam tersebut dalam aktiviti pencegahan dadah ini membolehkan mereka diiktiraf dan dianugerahkan lencana Anti Dadah. Usaha ini bertujuan untuk menimbulkan rasa benci dan ingin menjauhi diri dari dadah bukan sahaja di kalangan peserta skim tetapi juga di kalangan rakan mereka. Kementerian Pendidikan berharap usaha ini akan memberi kesan jangka panjang yang benar-benar dapat merealisasikan hasrat mewujudkan Sekolah Bebas Daripada Dadah pada tahun 2012.

Prostar(Program Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja)
Dibentuk khas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan sokongan serta kerjasama agensi-agensi berkaitan dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS di kalangan remaja Malaysia. Kelab Prostar merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan dengan pelbagai rangkaian atau cawangan di seluruh Malaysia.
No comments:
Post a Comment